BAB KEDUA - BERHUKUM
Apakah yang
dimaksudkan dengan perkataan berhukum? Yang dimaksudkan dengan berhukum itu ialah menetap dan menafi. Menetap atau
menafi ini berdasarkan dua dalil iaitu dalil naqli (Al-Quran) dan aqli (akal). Dalil aqli: Ketahuilah
olehmu hukum yang dibangsakan kepada akal itu tersimpanlah ia kepada tiga
bahagi, pertama WAJIB kedua MUSTAHIL dan ketiga HARUS. Makna wajib ialah
sungguh terjadi sesuatu itu kerana Allah
yang jadikan dan makna mustahil ialah aku tidak yakin sesuatu yang terjadi
itu,terjadi dengan sediri dan aku tidak percaya atau tidak diterima akal. Dan
makna harus pula ialah sah menerima salah satu-satu kejadian. Jadi hukum akal
yang ketiga itu kita hendak hukum kepada dorori (mahluk) untuk mengenal kenal nazri (Tuhan).
Kata Syeik Sanusi
didalam kitabnya; "Barangsiapa yang tidak mengetahui hukum akal yang tiga
ini tidaklah dinamakan berakal". Sebuah hadis saw dari Bukhari menjelaskan; "Bukanlah keterangan dan
kenyataan itu terhenti kepada perkataan yang banyak, (tetapi) keterangan itu
terhenti kepada perkataan yang sebenar dengan tidak sebenar, dan perkataan yang
tahu membeza antara yang sebenar dengan yang tidak sebenar. Inilah yang
dikasihi ALLAH dan Rasul. Dan bukanlah
tidak pandai bercakap itu dikatakan lemah, tetapi sedikit pengetahuan yang
sebenar iaitu lemah''.
Matlamat sebenar
dengan tidak sebenar itu ialah perkataan yang tahu membeza diantara ALLAH
sebenar dengan ALLAH yang tidak sebenar. Perkataan manakah yang boleh membeza
diantara sebenar dengan tidak sebenar?. Belum tentu baca kitab banyak boleh
membeza antara sebenar dengan tidak sebenar, kadang-kadang banyak baca kitab,
tetapi masih belum tahu membeza diantara Tuhan sebenar dengan Tuhan yang tidak
sebenar. bagi kaedah ilmu ini, perkataan yang dapat membeza diantara sebenar
dengan tidak sebenar hanya tiga perkataan sahaja, iaitu wajib, mustahil dan harus. Inilah perkataan yang hendak
membeza sama ada kita menyembah ALLAH yang sebenar atau dengan ALLAH yang tidak
sebenar. Inilah yang dikasihi oleh ALLAH dan Rasul.
BERHUKUM PADA WAJIB
(HUKUM DIATAS DARORI
DAN DIATAS NAZRI). Sungguh tak boleh tidak mahluk itu kena jadi? Jawapannya
sungguh! Mana dalil dan mana bukti yang mengatakan mahluk itu kena jadi?
Buktinya mahluk itu kena jadi ialah: tiap-tiap mahluk itu ada enam tepi dan ada dua kelakuan dan dua kelakuan itu
tidak pernah berlaku serentak pada satu-satu ketika diatas tiap-tiap mahluk
Seperti ada gerak tidak ada diam, ada diam tidak ada gerak, ada hidup tidak ada
mati, ada mati tidak ada hidup, jadi panjang tidak jadi pendek, jadi pendek
tidak jadi panjang dsbnya. Sebabnya ialah, tiap-tiap benda yang sama berat
tidak akan berlaku berat sebelah dengan sendirinya, tanpa ditolong dengan kuasa
lain, misalnya diri kita berat 100 kilo, hidup 100 kilo, mati 100 kilo, gerak
100 kilo dan diam 100 kilo. Jadi tiap-tiap yang sama berat tidak akan boleh
berat sebelah dengan sendirinya, wajib ditolong dengan kuasa lain, atau
ditambah kuasa lain dan kuasa itulah yang datangnya... Rasullullah memberitahu
kita yang bernama ALLAH.
BERHUKUM PADA MUSTAHIL
Jadi benda yang
sama berat, hendak berat sebelah dengan sendirinya, tanpa ditolong dengan kuasa
atau benda lain, sudah pasti tidak boleh diterima oleh akal. Mustahil perkara
begini boleh berlaku (aku tidak yakin dan aku tidak percaya). Jikalau sama
berat mustahil boleh wujud satu-satu benda, contohnya: hendak ada pun nak jadi,
hendak tiada pun nak jadi, hendak gerak pun nak jadi, hendak diam pun nak
jadi didalam satu-satu masa, mustahil
perkara begitu boleh wujud dan boleh
berlaku tanpa adanya kuasa lain yang tentukan. Mustahil gerak dan diam
boleh berlaku serentak, hidup dan mati jadi serentak, akal tidak boleh
menerimanya.
HUKUM PADA HARUS
Diatas dua
kelakuan yang berlaku keatas diri kita itu, hanya sah menerima atau harus pada
akal menerima salah satu kelakuan sahaja didalam satu masa. Misalnya sah
menerima hidup tidak ada mati, sah menerima mati tidak ada hidup sah menerima
diam tidak ada gerak, sah menerima ada gerak tidak ada diam dll. Hanya harus
atau sah pada akal menerima salah satu kelakuan pada satu masa.
Maka bermula barang
yang wajib itu, barang yang diterima oleh akal adan adanya. Jadi akal boleh
menerima dengan menegaskan benda itu ada, kerana salah satu-satu, iaitu harus.
Jikalau kedua-duanya sekali iaitu gerak dan diam, hidup dan mati jadi serentak,
mustahil perkara seperti itu boleh berlaku, yang boleh jadi ada atau boleh
berlaku ialah salah satu-satu yakni salah satu kelakuan sahaja didalam satu
ketika. Jikalu sedang hidup tidak ada mati dan sedang mati tidak ada hidup,
baharulah benda atau perkara itu boleh jadi ada. "Maka bermula barang yang
wajib itu, barang yang diterima akal akan adanya. Adanya itu jikalau salah satu-satu,
jika kedua-dua sekali mustahil akal; menerimanya. Jikalau kita proses ayat
tersebut baharulah datang keyakinan kepada kita, iaitu jika ada benda yang
mustahil pada benda itu, tidak boleh jadi ada dan sekiranya ada yang bertanya
kepada kita, apakah yang mustahil itu? Jawapnya gerak dan diam itu sama sekali,
hidup dan mati itu sama sekali. jikalau salah satu-satu baharu lah akal boleh
menerima akan adanya.
KESIMPULANNYA
Barang yang wajib
itu ialah barang yang diterima oleh akal akan adanya, barang yang mustahil itu
ialah barang yang tidak diterima akal akan adanya. dan barang yang harus itu
ialah barang yang sah pada akal menerima salah satu-satu akan adanya.
- WAJIB Sungguh tak boleh tidak mahluk ini kena jadi? (Ujud yang bukan hakiki, hanya sebagai dalil penyata) Dan sungguh tak boleh tidak ujud kuasanya yang menjadikan mahluk ini? (Ujud yang hakiki dan mutlak).
- MUSTAHIL Aku tidak yakin dan aku tidak percaya bahawasanya satu benda boleh wujud dengan terjadinya dua kelakuan yakni serentak didalam satu masa atau ketika. Akal tidak boleh menerimanya.
- HARUS Aku yakin dan percaya bahawasanya dua kelakuan tersebut hanya terjadi dan berlaku hanya pada salah satu-satu sahaja didalam satu masa, yakni semasa berlaku diam tidak akan berlaku gerak, dan ketika berlaku gerak tidak akan berlaku diam dan juga ketika berlaku mati tidak akan berlaku hidup, begitulah sebaliknya.
Dengan keterangan diatas maka yakinlah kita bahawasanya diri
kita (diri khusus) atau tiap-tiap mahluk itu (diri umum) kena jadi dan tidak
jadi dengan sendirinya. Dan juga yakinlah kita bahawasanya ada kuasa yang
menjadikan kita dan barang apa juga
perbuatan kita.
Firman ALLAH Maksudnya;
"Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang
kamu buat itu!" (Al-Shaffat:96).
Dengan keyakinan dan
dalil tersebut kita hendak berhukum pula atau hendak mengetahui pula akan kuasa
yang menjadikan kita dan barang perbuatan kita itu. Kita hendak ketahui
bagaimana pula kedudukan kuasa itu dengan mahluk, dimana kita telah fahami
bahawasanya kuasa itu bernama ALLAH. Jadi perlulah pula kuta ketahui bagaimana
kedudukan ALLAH itu dengan makhluk atau diri kita.
Sekarang kita
sudah fahami dan yakini bahawasanya
tiap-tiap mahluk itu bertepi dan tepi itu tanda kena jadi, tiap-tiap yang
hendak jadi sudah pasti kena bertempuh dengan kuasa yang hendak bagi jadi,
jikalau tidak bertempuh dengan kuasa dengan kuasa, sudah mestinya tidak boleh
jadi. setiap yang hendak jadi bertempoh dengan kuasa yang hendak menjadikannya
dan kuasa itu pula sudah pasti ada dirinya, yakni diri yang empunya kuasa.
Lebih jelas lagi bahawa kuasa itu tidak bercerai dengan diri yang empunya
kuasa, yakni kuasa itu sifat dan diri yang empunya kuasa itu ZAT. Lebih tepat lagi
iaitu sifat tidak bercerai dengan zat.
Setiap yang sama
berat hendak berat sebelah mestilah kena bertempuh dengan kuasa, dan kuasa
tidak bercerai dengan diri yang empunya kuasa. Kuasa yang menjadikan dengan
benda yang hendak dijadikan mestilah bertempuh dengan diri atau tuan punya
kuasa yang hendak menjadikan. Ibarat kita hendak memotong sebatang kayu dengan
menggunakan gergaji, gergaji mestilah bertempuh dengan kuasa dan kuasa yang
menyorong dan menarik gergaji tersebut mestilah tidak terpisah atau bercerai
dengan diri kuasa itu. Sekiranya gergaji itu sendirinya sudah tentu tidak boleh
berbuat apa-apa. Jadi begitu juga dengan kuasa tuhan. sekiranya kita faham
bahawasanya kuasa tidak bertempuh dengan diri yang empunya kuasa itu, ini
sudahpun bermakna Tuhan melepas kuasa itu (lepas kuasa) dan dimana pula
diriNYA?
Berkemungkinan
apabila kita sampai kepersoalan yang sebegini, ada yang mengatakan, "Mana
boleh kita hendak samakan kuasa kita dengan kuasa Tuhan, atau hendak samakan
kuasa Tuhan dengan kita memotong kayu dengan menggunakan gergaji". Disini
kita tegaskan bahawasanya bukanlah kita hendak samakan kita dengan Tuhan,
tetapi hanya ibarat untuk menghampiri kefahaman. Memang benar kita tidak boleh
lepas kuasa, tetapi Tuhan boleh lepas kuasa
sebab Dia Maha kuasa, akan tetapi sekiranya Tuhan lepas kuasa dimana
pula dirinya? dan kiranya ini terjadi, bermakna apabila tuhan lepas kuasa,
diriNya atau Zatnya mesti berada jauh dari kuasaNya, atau ZATnya berada
ditempat lain atau pada sesetengah kefahaman bahawa ZAT itu tidak bertempat.
Jikalau benar
begitu, ini bermakna Tuhan itu sudah bersamaan dengan yang baharu dan sudahpun
terbatal sifat muqholafahnya. Dan jikalau setakat itu sahaja kefahaman kita,
bermakna Tuhan itu masih ada tempat dan samalah kedudukan Tuhan itu dengan
makhluk. Kita ambil satu contoh lagi iaitu yang dipertuan agong itu berkuasa di
Malaysia dan kuasanya tertakluk diseluruh Malaysia akan tetapi diri Yang
Dipertuan Agong itu berada diistana negara di Kuala Lumpur,
jadi kuasa YANG DIPERTUAN AGONG itu terpisah dengan dirinya
dan dirinya pula terlalu kecil jika
dibandingkan dengan kuasanya yang tertakluk diseluruh negara. dengan itu kuasa YANG
DIPERTUAN AGONG itu sahajalah yang besar dan bukan diri YANG DIPERTUAN AGONG
itu yang besar. Justeru itu jikalau kita hanya berfahaman yang kuasa ALLAH itu besar dan diri ALLAH iaitu
ZAT pula tidak tahu dimana, maka serupalah dengan kuasa YANG DIPERTUAN AGONG
dan diri YANG DIPERTUAN AGONG itu.
Ditegaskan sekali
lagi bahawasanya tiap-tiap kuasa mesti disertai dengan diri yang empunya kuasa
iaitu ZAT. Yakni tiap-tiap yang kena jadi dan sedang berlaku mesti bertempuh
dengan kuasa dan kuasa tidak bercerai dengan diri yang empunya kuasa, iaitu
ZAT. Tetap sebab apa tidak bersentuh pula
dengan tiap-tiap yang kena jadi atau tengah duduk jadi ini. Sebab yang ujud
hanya ESA iaitu ALLAH, makhluk itu pada hakikatnya tidak ujud hanya tengah
duduk jadi jadi bagaimana pula yang ujud
hendak bersentuh dengan yang tidak ujud?. Sedangkan makhluk bertepi dan ALLAH
tidak bertepi, bagaimana pula bertepi boleh bersentuh dengan yang tidak
bertepi? Jikalau bertepi dengan bertepi barulah bersentuh.
Sebab itulah kita
perlu tahu tanda dan tahu beza, iaitu tanda makhluk dan tanda Tuhan, dan tahu
membeza antara makhluk dengan Tuhan, yakni tanda makhluk itu bertepi dan tanda
Tuhan itu tidak bertepi, dan begitu jugalah perbezaannya di antara makhluk
dengan Tuhan. Ada juga sesetengah
kefahaman yang mengatakan, 'Ini semua kuasa Tuhan', tetapi ZAT tidak tahu
dimana, atau sesetengah daripada kefahaman orang-orang usulludin yang mengatakan
ZAT itu tidak bertempat, dan jikalau ditanya tidak bertempat itu bagaimana?,
jawapannya "tidak tahu".
Tetapi jikalau tidak bertempat pada kaedah USUL TAHQIQ, jawapannya
ialah"MELIPUTI TIAP-TIAP SESUATU".
Kerana itulah,
sekiranya kita tidak tahu tanda dan tidak tahu beza diantara makhluk dengan
Tuhan, Tuhan sudah jadi bercampur dengan makhluk, dan jadi bersamaan dengan
segala yang baharu, dan sudah pastilah terbatal sifat muqholafahtuhulilhawadith
didalam sifat dua puluh. Jikalau setakat
terbatal sifat dua puluh sahaja masih boleh dipertikaikan lagi, tetapi ianya
akan terbatal satu ayat dari AlQuran iaitu "Laisakamislihisyaiun
(bersalahan Allah itu dengan segala yang baharu)".
Sedangkan kita
semua maklum, bahawa apabila terbatalnya satu huruf dari AlQuran hukumnya
kufur, ini bukan satu huruf, tetapi satu ayat.
Dan apabila Tuhan sudah bercampur dengan baharu, bermakna kita telah pun
ambil baharu buat Tuhan, dan hukumnya kufur.
Inilah yang dikatakan syirik khafi, iaitu syirik yang tersembunyi. Apabila Tuhan tidak tahu dimana, dengan
sendirinya terkena pada syirik khafi, walaupun syirik itu bangsa khafi, tetapi
hukumnya tetap jali. Begitulah juga
kiranya tidak tahu Tuhan itu dimana?.
Tuhan sudahpun jadi bertongkol, dan apabila bertongkol sudahpun jadi
berhala, iaitu berhala yang tidak nyata ataupun berhala maknawi, yakni berhala
yang tidak nampak atau tidak nyata.
Di hari ini
terdapat kebanyakan yang mengambil baharu buat Tuhan, contohnya, jika kita
bertanya, "engkau sembahyang sembah apa?'.
Jawabnya, sembah Allah".
Ditanya pula "dimana Allah". Jawapnya dengan mengangkat bahu,
"Tidak tahu", atau "tidak bertempat". Dan kemungkinan besar dikatakan kita yang
bertanya itu gila. Sesungguhnya Allah
sudah memberi ingat, iaitu ZAT nya jangan dicari. Jika dicari juga, alamat masuk hospital
gilalah kita.
Tetapi Allah
berfirman; "Berfikirlah kamu tentang kejadian Aku, dan jangan kamu
berfikir tentang ZAT aku" (Hadis Qudsi).
Yang Allah suruh kita berfikir itu ialah tentang kejadiannya, yakni makhluk tadi, makhluk itu bertepi, tepi itu
tanda kena jadi, tiap-tiap yang hendak jadi mesti bertempuh dengan kuasa dan
kuasa ada diri kuasa iaitu ZAT. Dan
apabila kita berfirkir tentang makhluk, maka nyatalah Allah itu. Sebab tiap-tiap yang kena jadi itu mestilah
bertempuh dengan kuasa, dan kuasa tidak bercerai dengan diri kuasa iaitu ZAT.
Kesimpulannya ialah, apabila pandang tepi (tiap-tiap satu) nyatalah
Allah. Barang siapa pandang tepi tidak
nyata Tuhan, sudah pun kena syirik.
Apabila pandang tepi tidak nyata Allah , ZAT Allah sudah pun mengambil
lapang, kenalah diatas syirik dan jadilah berhala maknawi (berhala yang tidak
nampak).
Dengan sebab
itulah kita perlu pelajari ilmu ini dahulu sebelum belajar yang lain, iaitu
ilmu mengenal Allah atau maarifatullah dan hendaklah mengenal Allah itu dengan jalan tauhid atau
jalan maarifat. Jika tidak bagaimana
kita hendak mengesa akan Allah.
Tiap-tiap benda bertepi sama ada jenis nyata atau tidak nyata, yakni
seperti pelihat, pendengar atau pun tujuh sifat semuanya bertepi, tiap-tiap
yang bertepi mesti bertempuh dengan
kuasa, dan kuasa tidak bercerai dengan ZAT.
Dan juga tiap-tiap benda yang terlintas di mata, dihati ataupun
difikiran, binasa lagi baharu, tetapi kena diujud Allah.
Sebab tiap-tiap
yang hendak terlintas dihati, dimata dan difikiran mesti bertepi, tiap-tiap
yang bertepi mestilah kena jadi, dan tiap-tiap yang hendak jadi mesti bertempuh
dengan kuasa dan tidak bercerai dengan ZAT. Dengan itu terbuktilah ZAT itu
sebenarnya ESA, kerana ZAT itu meliputi tiap-tiap sesuatu, bukannya satu,
sekiranya kita berfahaman satu, sudah pun jadi bertongkol. ESA bukannya sama erti dengan satu,
keesaanNYA itu meliputi segala-galanya yang di tajalikanNYA (terupa) ditujuh
petala langit dan ditujuh petala bumi, dan tidak ada had dan tidak ada hingga.
Sebab itulah
sekiranya kita pandang tiap sesuatu tidak nyata Allah, sudahpun kena atas
syirik. Inilah yang sebenar syirik
khafi, syirik yang paling ditakuti oleh ulamak-ulamak zaman dahulu. Yang
mana ulamak zaman sekarang mengambil ringan dan menterjemahkannya
sebagai syirik halus (kecil), sehingga mereka tidak mahu membincangkannya
dengan cara terperinci, sehingga umat Islam sekarang ini tidak dapat mengenali
hakikat sebenar syirik khafi, dan tinggallah sebahagian besar daripada umat
Islam dewasa ini didalam kesesatan yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Dan apabila mereka mendengar seperti ilmu
ini, mereka mengatakan ilmu baru, dan apabila ulamak-ulamak sekarang dapat
tahu, mereka mengatakan ilmu atau ajaran
sesat.
Sekarang mari kita
renung bersama, siapa yang sesat dan siapa yang tidak sesat. Sepotong hadis Rasullallah saw mengatakan;
"Beramal tanpa ilmu sesat yang amat sangat, berilmu tanpa amal dosa yang
sangat besar". Ilmu yang
dimaksudkan itu ialah ilmu maarifatullah.
Jadi jikalau tidak mengenal Allah, terang-terang sesat, sebab apa
sesat?. Sebab ambil baharu dijadikan
Tuhan. Kiranya tidak tahu Tuhan, sembah
baharulah namanya. Orang-orang kafir
menyembah berhala yang nampak (KHISI) dan kita yang tidak tahu atau tidak
mengenal Allah menyembah berhala yang tidak nampak (MAKNAWI). Padahal
kita kata orang kafir itu sesat, kita bagaimana pula?. Dihari ini sekiranya kita tidak mengaji atau
mengkaji betul-betul, serupalah kedudukan kita dengan orang-orang kafir itu,
sama ada kafir majusi ataupun kafir kitabi.
Firman Allah didalam
AlQuran Maksudnya;
dan (orang-orang Yang
beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan
mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain. (Yusuf: 106).
Sekiranya kita
berkata kepada mereka, kamu menyekutukan Allah, mereka akan menafikannya. Mereka akan berkata; "Bila pula kami
menyembah berhala atau tok pek kong".
Sebenarnya mereka tidak menyedarinya.
Mereka menyekutukan Allah dengan sebab memandang ujud yang lain selain
dari Allah. Allah ujud dan selain dari Allah pun ujud, jadi ada
dua ujud dan juga ada dua SA (esa), Allah ESA tidak tahu dimana, dan kita ESA
disini, jadi dua SA (dal wau sim alif) DOSA, jadi semua amalan batal. Setakat amalan batal tidak mengapa juga, tetapi kena syirik dosa yang tidak diampun, maka
kekallah didalam api.
Pelajaran hukum akal yang tiga, iaitu wajib, mustahil dan
harus ini mestilah belajar dengan petua, ibaratnya; kita hendak buat
jemput-jemput (cucur kodok), jikalau setakat diberitahu cara-cara membuatnya
(teori) dengan menggunakan tepong, garam, pisang dsbnya, tentulah jadi
jemput-jemput tersebut, tetapi tidaklah sempurna, mungkin jadi lembik atau
keras, tidak sedap dimakan. Akan tetapi
jikalau dengan mengikut petua, iaitu tepong sekian banyak, garam sekian banyak, pisang sekian
banyak dsb, tentulah ianya akan jadi lebih sempurna dan enak dimakan. Begitulah juga dengan hukum akal yang
tiga. Jikalau setakat belajar seperti
yang disampaikan kepada kita dari kitab-kitab, tanpa penerangan dan kaedah yang
menggunakan petua, tidaklah akan sampai ke matlamatnya untuk memaarifatkan
Allah, dan tidak akan dapat mengesakan dan menyatakan Allah. Tetapi jika belajar melalui petua, maka
baharulah akan sampai ke matlamat untuk menyata akan Alah.
Contohnya seperti
kebanyakan pelajaran usulludin:- Ujud ertinya ada, lawannya tiada, mustahil
tiada, wajib ada, dalilnya baharu alam ini.
Pada fahaman mereka alam ini itu langit dan bumi. Maksud dalil itu tunjuk. Bila pula langit dan bumi duduk tunjuk
Tuhan kepada kita?. Sememangnya pada hakikatnya langit bumi pun
tunjuk Tuhan, kerana dia juga baharu (benda yang tidak tetap dan berubah-
ubah), tetapi kita tidak akan sampai kefahaman, selagi berdalilkan langit dan
bumi, kerana dia dijadikan dahulu daripada kita, dan kita akan binasa dahulu
daripadanya, dan jika dia binasa, dengan kita-kita sekali binasa. Jika mengikut kaedah USUL TAHQIQ, yang dikatakan alam itu bukanlah
ditujukan khusus kepada langit dan bumi, tetapi selain daripada Allah, itulah
yang dikatakan alam.
Jadi MAKHLUK,
BAHARU, ALAM dan MUMKIN inilah yang menjadi dalil adanya Allah, bukan setakat
langit dan bumi sahaja. Dari itu,
engkau, aku dll duduk tunjuk Tuhan, dalil ADA, BAHARU sekelian ALAM ini,
betullah apa yang ditulis didalam kitab.
Perkataan BAHARU itulah menjadi dalil tunjuk Tuhan, (BAHARU = benda yang
tidak tetap dan berubah-ubah). Hendak
berubah dengan sendiri tidak boleh, hendak hidup, hendak mati, hendak gerak,
hendak diam dll dengan sendiri tidak boleh.
Dan yang tengah berubah-rubah dan tengah gerak diam inilah kuasa Allah,
dan juga itulah yang dimaksudkan dengan ALAM yang menjadi dalil menunjukan
adanya Allah, atau mentajalikan kenyataan Allah.
Firman Allah;
"Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu". (A-Shaffat:
96). Jikalau mengikut firman diatas,
dimanakah hendak mengaku kita atau hak kita, dan dimana pula hendak meletakkan
AKU?. Apabila bila melaungkan azan
"Hai ya alassolaht", kita menjawab; :Lakhaulawala khuwatailla..(tiada
daya dan upaya aku, melainkan....) tetapi apabila hendak berdiri sembahyang,
sahaja AKU sembahyang, datang dari mana AKU itu?. Habis jika kita kata bukan AKU yang
sembahyang, siapa pula yang sembahyang?.
Jika hendak kata Allah yang
sembahyang, syurga dan neraka yang Allah jadikan untuk siapa pula?.
Walau bagaimanapun
kenalah mengaku kita. Dimana pula hendak
mengaku kita? Sedangkan mengikut dalil
naqli diatas, semuanya Allah yang punya. Jadi sebenarnya kitakah yang melihat,
mendengar, berkata, bergerak, diam dan sebagainya?. Allah kata AKU (Allah) bukan kamu. Mana ada kamu (kita). Allah jadikan syurga dan neraka untuk kita,
kita kenalah mengaku kita. Tetapi dimana
sebenarnya kita hendak mengaku kita?.
Jawabnya di TEPI, TEPI itulah hak makhluk, (hak itupun sebagai SANDARAN
sahaja). Apabila keluar perkataan
ALLAHHUAKBAR!! (takbirratulikram), yang keluar dari mulut itulah TEPI, TEPI itu
baharu lagi binasa, TEPI bertempoh dengan kuasa dan tidak bercerai dengan
zat. Jadi adakah kita ini? Terupa
(tajali) sahaja!. Yang keluar suara atau
perkataan Allah ... itu siapa?. Itulah
ROH, roh itulah SANDARAN dijasad (makhluk), AKUAN sahaja dijasad (makhluk) dan
pada hakikatnya diri AKUAN (makhluk) itu tidak ada (ujud). Dan sebenar diri SANDARAN juga tidak ujud,
sebenar diri SANDARAN hak Allah
Taala. Itulah sebabnya kena ada
AKUAN, SANDARAN dan HAK.
Apabila ada AKUAN,
SANDARAN dan HAK, baharulah setiap amalan itu boleh diletakkan ditempatnya,
bukan pakai borong sahaja. Dan juga
apabila tahu AKU itu ialah SANDARAN, baharulah terlepas dari syirik. Selagi tidak ada SANDARAN selagi itulah tidak
akan terlepas dari muktazilah ataupun jabarriah. Dimasa ini banyak yang mengaku Ahli Sunnah
Waljamaah, tetapi apakah ertikata yang sebenar, yang dikatakan ahli sunnah waljamaah itu?. Yang dikatakan ahli sunnah waljamaah itu ialah yang mempunyai
atau dalam ertikata yang sebenar, yang mengandungi AKUAN, SANDARAN, HAK didalam iktikadnya,
bukan setakat mengaku sahaja tanpa iktikad sebenar. Jikalau sebenar individu itu mengaku bahawa
beliau adalah dari golongan ahli sunnah waljamaah, maka mestilah beliau tahu
dan faham akan AKUAN, SANDARAN dan HAK.
Jika tidak ternyata yang beliau hanya berdusta.
PENENTUAN TENTANG
IKTIKAD KETUHANAN.
Setelah kita mengetahui dan memahami tentang MEMBEZA
dan BERHUKUM, perlulah pula kita mengetahui darihal IKTIKAD kita tentang
KETUHANAN. Dimana sekiranya kita tidak
memahami dan mengetahui IKTIKAD yang sebenar, bererti kita akan terkena kepada
kufur atau pun syirik.
Bagaimanakah
kedudukan kita dengan Tuhan, jamakkah (berhimpun @ bersekutu) atau farakkah
(bercerai)?. Jawabnya ialah berhimpun
pun tidak dan bercerai pun tidak.
Yang dikatakan
tidak berhimpun ataupun tidak bersekutu ialah, Allah tidak bertepi dan kita
bertepi, tepi dengan tidak bertepi bagaimana hendak bersentuh, sedangkan yang
bersentuh itu yang ada tepi dengan yang ada tepi. Jadi nyatalah disini iaitu, tidak jamak yakni
tidak berhimpun atau tidak bersekutu.
Yang dikatakan
tidak bercerai ialah, kita (makhluk) bertepi, tepi itu tanda kena jadi,
bertempuh kuasa dan tidak bercerai dengan ZAT.
Jadinya bagaimana kita hendak bercerai (farak) dengan Tuhan, sekiranya
bercerai (farak) sudah pasti makhluk tidak jadi. Jadinya makhluk (tepi) itu kerana tempoh
kuasa, kuasa tidak bercerai dengan ZAT.
Jadi, iktikadnya
ialah tidak bercerai dan tidak bersekutu, jikalau bercerai (farak) hukumnya
SYIRIK dan jikalau bersekutu (jamak) hukumnya KUFUR, kedua-duanya masuk neraka.
KESIMPULAN ILMU
Kesimpulan ilmu
ialah ujud, nur dan syuhud. Ilmu ertinya
tahu, apa yang hendak kita tahu?. Iaitu
tahu ujud ZAT, tahu itu dengan cahaya.
Syuhud ertinya pandang, iaitu pandang afaal ZAT (pandang itu sendiri sudah pun kelakuan
Allah). Jadi diri kita yang batin ini
tertumpu kepada ZAT yang tidak nyata dan NYATA ZAT itu melalui sifat iaitu
sebenar sifat ialah NUR.
Syuhud ertinya
pandang, iaitu pandang afaal atau tempat nyata sifat Allah, iaitu dimakhluk
(tubuh bagi kita). Makna diri itu ialah
UJUD, ILMU, NUR dan SYUHUD, iaitu sebenar diri batin, sebenar diri iaitu balik kepada NUR, balik kepada
MUHAMMAD. ZAT pula tetap menjadi rahsia
kepada kita, yang kita tahu hanya ZAT itu ujud.
Kunhi ZAT (diri ZAT) itu tidak boleh dikaji dan diketahui, mengetahui ujud ZAT hanya
dengan kenyataannya sahaja iaitu NUR (sifat).
Sebenar NUR itu ialah kenyataan ZAT yang tidak nyata, dan tempat
kenyataan yang lengkap itu ditubuh Adam.
Sebenar syuhud itu
ialah berhimpun dua pandangan iaitu (syuhud) pandang dengan mata hati (batin) dan (nyata) pandang
dengan mata kepala (zahir). Berhimpun
dua pandangan inilah MENYATA akan Allah, yakni zahir dan batin MENYATA Allah
(mata zahir dan mata batin NYATA Allah).
Setiap yang terlintas walau dimata, walau dihati, walau difikiran tetap
bertepi, bertempoh kuasa dan tidak
bercerai dengan ZAT. (TEPI ZAHIR dan
TEPI BATIN NYATA TUHAN). Masih tidak nyatakah lagi Tuhan?. Jikalau masih tidak nyata, maka jelaslah buta
mata, buta hati, buta zahir , buta batin, buta di dunia dan buta di akhirat.
Beruntunglah pada
mereka-mereka yang hilang penglihatan (orang buta) kerana mereka hanya syuhud
dengan mata hati sahaja, mereka terlepas daripada syirik melalui mata
zahir. Tetapi bagi kita yang celik ini,
kedua-dua pandangan boleh kena syirik sekiranya pandang makhluk terdinding
Tuhan, yakni tidak boleh nyata Tuhan.
Orang-orang yang
buta, pekak dan bisu, tidak tertakluk kepada mana-mana syuhud, kerana mereka
tergolong kepada orang-orang yang tidak
berupaya dan tidak kuasa, mereka terlepas dari tanggungan syuhud zahir mahupun
batin.
Blajar dgn tmj jugak ka?
ReplyDeleteYe
DeleteSabtu lepas p jumpa tmj...dia dah x larat ..sakit uzur dah....dah xmau mengajaq setelah difatwa sesat..
ReplyDeleteTMJ tak mengajar lgi ke tuan.tmj uzur ke tuan..kalau jumpa kiri Salam dgn tmj tuan.
ReplyDeleteBoleh dak saya nak belajar ilmu ni
ReplyDelete