Rukun Islam itu ialah,
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan
Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati
serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi
Muhammad adalah rasul-Nya.
2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa
raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang
bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat
seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala
keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata
kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.
4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian
dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.
5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai
seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela
hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.
No comments:
Post a Comment