BAB PERTAMA- MEMBEZA DAN MENGENAL TANDA
"Awalludin
Maarifatullah". Awal-awal agama
mengenal akan Allah. Bagaimana pula kita
hendak memaarifat akan Allah, sedangkan diri Allah tidak ada ain atau tidak
nyata?, sedangkan Rasullallah saw perintah kita kenal atau maarifat akan Allah.
Firman Allah: Dia lah
Yang awal dan Yang Akhir; dan Yang zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang
Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.( Al- Haddit 3)
Untuk mengenal akan Allah ialah dengan berdalil, iaitu ada
dua dalil, perkata dalil Aqli iaitu dalil akal dan kedua dalil Naqli iaitu
dalil firman dari AlQuran atau Hadith.
Dalil maksudnya tunjuk, iaitu satu benda hendak tunjuk satu benda. Contohnya; ada asap menunjukkan ada api tetapi api bukan asap, asap bukan api,
sebenarnya asap tidak lain dari api.
Hadith saw: "Siapa kenal dirinya, maka kenallah
Tuhannya dan siapa kenal Tuhannya maka binasalah dirinya", (binasa bukan
maksud hancur jasad tetapi fana diri).
Firman Allah
Maksudnya:
Patutkah mereka merasa cukup Dengan mengetahui Yang demikian
sahaja, dan tidak memikirkan Dalam hati mereka, (supaya mereka dapat
mengetahui), Bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang
ada di antara keduanya itu melainkan Dengan ada gunanya Yang sebenar, dan
Dengan ada masa penghujungnya Yang tertentu, (juga untuk kembali menemui
Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang Yang sungguh
ingkar akan pertemuan Dengan Tuhannya.
(Ar Rum: 8).
Firman Allah
Maksudnya:
ia mengemukakan kepada kamu satu misal Perbandingan dari
keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari
hamba-hamba abdi Yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta
benda Yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya Dengan penerimaan kamu itu,
mereka Dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak
berani (menguruskan harta benda itu Dengan tiada persetujuan) mereka,
sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian Dengan orang-orang Yang
berkongsi Dengan kamu - Yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami
menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang Yang
menggunakan akal untuk memahaminya. Ar
Rum: 28).
Sebab itu siapa
kenal dirinya maka kenallah Tuhannya.
Antara lain Allah ada menceritakan kisah hamba dengan tuan didalam ayat seterusnya, "Bolehkah hamba itu
berkongsi harta tuannya yang kami berikan?, sehingga hamba itu sama-sama
berkuasa dengan harta tuannya." Apakah
harta yang dimaksudkan didalam firman diatas tadi?. Harta yang dimaksudkan ialah sifat tujuh
(sifat maani), iaitu Qudrat, Irodat, ilmu, hayat, samak, basor dan kalam.
Bolehkah kita berkongsi harta tersebut dengan Tuhan?. Sudah tentu tidak boleh, sebab itu jikalau
sifat tujuh tadi kita menganggap kita yang punya dan duduk perasaan ada dikita,
ini sudahpun bermakna kita sedang berkongsi atau sama-sama berkuasa dengan
harta Tuhan, dan jikalau begitu bermakna kena atas syirik, dan syirik dosa yang
tidak diampun.
Sebelum mengenal
Tuhan, wajiblah kita mengenal diri terlebih dahulu, iaitu diri terbahagi kepada
dua diri. Pertama diri khusus dan kedua
diri umum. Yang dikatakan diri khusus
ialah diri kita, dan yang dikatakan diri umum ialah diri semua yang ada
disekeliling kita, sama ada yang nampak atau tidak nampak. Da sebagai kesimpulannya, dibahasakan
kedua-dua diri itu sebagai makluk. Jadi
sebelum kita hendak mengenal Tuhan, perlulah kita mengenal makhluk
terlebih dahulu, sebab makhluk itulah
sebagai dalil hendak tunjuk Tuhan.
Firman Allah didalam hadis qudsi: "Aku adalah umpama harta karun
yang tersembunyi, Aku mahu dijumpai.
Sebab itu Aku menciptakan segala kejadian (makhluk), supaya Aku boleh
dikenali."
Apakah yang dimaksudkan dengan makhluk?. Makhluk ialah benda yang kena jadi. Untuk apa pula kita perlu kenal
makhluk?. Sebab makhluklah menjadi dalil
hendak tunjuk Tuhan. Oleh itu perlulah kita mengenal hakikat makhluk yang
sebenar. Untuk mengenal dengan sebenar
pengenalan hakikat makhluk maka perlulah terlebih dahulu mengenal tanda
makhluk, iaitu tanda satu antara satu.
Perlu apa pula kita kena kenal tanda?.
Sebab kita hendak membeza antara dua benda. Tiap-tiap benda mesti ada tanda masing-masing. Contohnya; ada tanda itik, ada tanda ayam,
ada tanda jantan, ada tanda betina, ada tanda pokok langsat,
ada tanda pokok rambai, ada tanda
daun, ada tanda buah dan lain lain.
Tetapi jikalau
kita tidak kenal tanda, kita tidak boleh hendak membeza. Contohnya;
disuruh ambil ayam, diambilnya itik, atau jari tunjuk pokok rambai,
mulut kata pokok langsat, sebab tidak tahu tanda, dan jika tidak kenal tanda
bagaimana hendak membeza?. Jika kita
tahu membeza baharulah setentang (waqhiq) atau tepat, iaitu apa yang kita kata
setentang atau bertepatan dengan apa yang kita maksudkan.
Firman Allah:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Dialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk 3.
"Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa
denganNya".
(Al-Ikhlass 1 – 4 )
Tujuan membeza ialah supaya kita tahu membeza diantara
makhluk dengan Tuhan atau dalam bahasa arabnya muhadas dengan qadim. Itulah sebabnya kita kena tahu tanda, kiranya
tidak tahu tanda, bagaimana kita hendak membeza diantara makhluk dengan
Tuhan. Kita kenalah kenal tanda makhluk
dan tanda Tuhan (mahasuci Allah tidaklah terdapat tanda, akan tetapi untuk
menyampaikan faham sahaja, jangan disalah ertikan). Jikalau tidak tahu tanda mungkin akan bercampur,
makhluk dikatakan Tuhan dan Tuhan
dikatakan makhluk, maka rosaklah segala-galanya, dan sekiranya
Tuhan dikatakan
makhluk, makhluk diktakan Tuhan, maka duduklah kita didalam syirik
selama-lamanya. Inilah yang dikatakan
syirik khafi iaitu syirik yang tersembunyi, dimana kita tidak menyedari yang
kita kena syirik, dan inilah yang paling ditakuti oleh ulamak-ulamak
dahulu. Sebab itulah kita perlu tahu
segala-galanya, supaya kita benar-benar tahu apa yang kita kata, dan
benar-benar tahu apa yang kita buat.
Sekiranya kita kata Allah, tepat dan sebenar kena atas Allah, jangan
kita kata Allah kena atas makhluk, atau sebaliknya. Kita sangka kita sembah Allah, tahu-tahu kena
atas makhluk atau sembah baharu.
MENGENAL MAKHLUK
Tiap-tiap yang ada
ditujuh petala langit dan tujuh petala bumi ini, adalah pada umumnya dipanggil
makhluk. Dan yang dikatakan makhluk itu
ada mempunyai empat nama, empat bangsa dan dua sifat.
EMPAT NAMA
- MAKHLUK - iaitu maksudnya benda yang kena jadi.
- BAHARU - iaitu maksudnya tidak tetap dan berubah-ubah.
- ALAM - iaitu maksudnya selain daripada Allah.
- MUMKIN - iaitu maksudnya tidak jadi dengan sendirinya atau ada kuasa lain yang menjadikannya, hendak jadi dengan sendirinya tidak boleh.
Dari itu tiap-tiap
benda termasuk diri kita (diri khusus dan diri umum) ada empat nama, seperti
diatas. Tidak ada yang terkecuali,
kecuali Allah swt.
EMPAT BANGSA
Dari keempat-empat nama makhluk tadi tertakluk pula kepada empat bangsa iaitu:-
- Bangsa JIRIM
- Bangsa JISIM
- Bangsa JAUHAR
- Bangsa JAUHAR FIRID
Bangsa JIRIM
Ialah jenis benda yang bertongkol atau berbentuk, boleh
dipandang dengan mata dan juga fikiran.
Contohnya; seperti diri kita , binatang, pohon-pohon kayu, bukit bukau
dan lain lain.
Bangsa JISIM
Ialah jenis makhluk
yang boleh dilihat dengan mata tetapi tidak boleh dirasa, atau boleh dirasa
tetapi tidak boleh dilihat dengan mata.
Contohnya; seperti angin, awan, asap,
kabus, cahaya, kilat dan lain lain
Bangsa JAUHAR
Ialah jenis makhluk
yang terdiri dari sel-sel, tisu-tisu atau benda halus yang seni-seni atau jenis
benda yang berkampuh-kampuh seperti darah, atom, molekiuls dan sebagainya.
Bangsa JAUHAR FIRID
Ialah jenis makhluk
yang tidak boleh dilihat dengan mata dan tidak boleh dirasa dengan segala pancaindera. Contohnya; seperti neraka, syurga, a'rash,
roh, kalam, benih, malaikat, jin dll.
DUA SIFAT
Keempat-empat nama
dan keempat-empat bangsa makhluk tadi ada pula dua sifat, iaitu sifat pertama
ialah semua jenis-jenis makhluk itu ada ENAM TEPI, dan sifat keduanya ialah
semua jenis-jenis makhluk ada pula DUA KELAKUAN TAK BERLAKU SERENTAK DALAM SATU
MASA.
ENAM TEPI
Semua jenis atau
bangsa makhluk tadi ada enam tepi (enam jihad), enam pihak atau enam
sempadan. Yang dimaksudkan dengan enam
tepi itu ialah:
1. Tepi bahagian
atas
2. Tepi bahagian bawah
3. Tepi bahagian
kanan
4. Tepi bahagian kiri
5. Tepi bahagian
hadapan
6. Tepi bahagian
belakang
Dengan ini bermakna
kesemua nama dan bangsa makhluk-makhluk tersebut ada enam tepi ada had dan ada
hingga, tidak kira makhluk itu bulatkah bersegikah, tidak nampak dimatakah atau
tidak boleh dirasakan, tetap ada enam tepi dan ada had dan ada hingga.
DUA KELAKUAN TAK BERLAKU SERENTAK DALAM SATU MASA.
Tiap-tiap jenis dan
bangsa makhluk yang mempunyai enam tepi tadi ada pula terdapat dua kelakuan tak
berlaku serentak dalam satu masa keatasnya, tidak lebih dan tidak kurang, hanya
dua kelakuan iaitu, hidup dan mati, gerak dan diam, panjang dan pendek, tinggi
dan rendah, pandai dan bodoh dll. Dua
kelakuan tersebut tetap berlaku keatas makhluk, tidak lebih dan tidak
kurang. (Dua kelakuan ini akan
diterangkan di bab BERHUKUM, kerana ada kaitannya).
Untuk membuktikan
tiap-tiap makhluk itu bertepi, marilah kita bincangkan pada tiap-tiap satu
jenis makhluk tersebut. Bagi makhluk bangsa JIRIM mudah kita fahami, iaitu
semua jenis yang berbentuk dan bertongkol sudah semestinya ada enam tepi. Bagi makhluk bangsa JISIM pula, kita ambil
satu contoh seperti angin, mithalnya pusaran angin (puting beliung) yang
melanda sebuah kampung; katakanlah kampung tersebut ada empat puluh buah rumah,
tetapi yang terlibat tadi hanya tujuh buah rumah sahaja. Jikalau sekiranya angin ribut tersebut tidak
ada tepi atau tidak ada had dan hingga, sudah pastilah bukan tujuh buah rumah
sahaja yang musnah, tetapi seluruh kampung atau daerah, malah mungkin seluruh
negeri atau negara turut musnah.
Sekiranya angin atau udara tidak ada had dan tidak ada hingga, kenapa
pula angkasawan terpaksa menggunakan tangki oksigen untuk bernafas di angkasa,
ataupun kita masuk kedalam sebuah peti yang bertutup rapat sehinggakan tidak
ada satu lubang pun dipeti tersebut, dan tidak pula menggunakan tangki oksigen, apa yang akan terjadi?. Sudah pasti
mati kerana tidak dapat bernafas.
Ini membuktikan angin atau udara juga ada tepi ada had dan ada hingga,
had dan hingga udara bertemu had hingga peti, menyebabkan udara tersebut tidak dapat menembusi had
hingga peti.
Bagi makhluk
berbangsa JAUHAR pula tidak perlu kepada penerangan yang panjang, kerana kita
sudah maklum dan fahami bahawa makhluk jenis ini seperti darah hanya terkandung
didalam organ-organ tertentu sahaja, seperti dalam tubuh manusia, haiwan
dll. Dan sudah semestinyalah ia bertepi
dan ada had hingga.
Bagi makhluk jenis
JAUHAR FIRID juga ada mempunyai enam tepi, iaitu ada had dan ada hingga. Kita
ambil satu contoh dari jenis ini seperti syurga, jikalau syurga tidak ada tepi,
dimana pula hendak adanya neraka, dan
jikalau neraka pula tiada tepi di mana
pula syurga. Sekiranya neraka dan syurga tiada had dan tiada hingga, sudah
pastilah penghuni neraka akan bercampur dengan penghuni syurga, bercampurlah neraka dan syurga. Kita
ambil contoh lagi, iaitu kalam, yakni suara kita, berapa jauh boleh sampai atau
kedengaran suara kita. Sejauh mana boleh sampai dan kedengaran suara kita,
disitulah had dan hingga atau tepinya, begitu juga pendengar, perlihat dll.
Semuanya ada jarak yang tertentu. misalnya, sekiranya pelihat kita tidak ada
tepi, tidak ada had dan tidak ada hingga, sudah pasti kita melihat pada
jarak-jarak berjuta-juta batu dan tiada kesudahannya, tidak kira disebalik
dinding atau tembok batu. Sedangkan dibalik dinding rumah kitapun sudah tidak
nampak, inikan pula berjuta-juta batu. Begitulah juga semua jenis mahluk JAUHAR
FIRID ada mempunyai enam tepi, ada had dan ada hingga.
Kesimpulannya,
setiap benda yang kena jadi, setiap benda selain dari ALLAH, sama ada nampak
atau tidak nampak dimata, samada boleh dirasa atau tidak dirasa dengan
pancaindera, tetap dan mesti ada enam tepi, ada had dan ada hingga dan tetap
mengambil lapang sekadar dirinya. Lapang juga bertepi ada had dan ada hingga.
Contohnya: Lapang tidak dapat masuk kedalam benda yang padu seperti kayu, batu,
besi dan sebagainya. Masa juga ada tepi misalnya satu minit, satu jam, satu
tahun dan satu zaman.
Apakah yang
dimaksudkan mengambil lapang sekadar dirinya? Disini kita akan cuba huraikan
dengan contoh. kita ambil sebuah kotak yang besar, misalnya lapan kaki persegi
dan kita muatkan disatu kotak besar yang
lapan kaki persegi tadi. Jadi kotak besaar tadi masih ada ruang kosong ataupun
maasih ada ruang lapang, dan kotak kecil yang berukuran satu kaki persegi tadi
mengambil ruang atau lapang sekadar dirinya iaitu satu kaki persegi sahaja.
Ditegaskan bahawasanya setiap benda yang kena jadi, ataupun selain daripada
ALLAH tetap ada enam tepi, ada had dan ada hingga, dan mengambil lapang sekadar
dirinya.
Selain kita lalui
beberapa huraian dan penerangan dari hal mengenal mahluk ataupun mengenal tanda
mahluk, maka sedikit sebanyak kita sudah boleh faham apa itu mahluknya
sebenarnya atau hakikatnya, sehinga apa jua yang terbayang dimata, terlintas
dihati dan fikiran tetap tepi, ada had dan ada hingga, tidak terkecuali sesuatu
apapun kecuali ALLAH S.W.T.
Setelah kita
mengetahui atau mengenal tanda mahluk, kita hendak ketahui pula tanda tuhan
atau mengenal dengan sebenarnya tentang ketuhanan. (Sesungguhnya ALLAH itu tidak
mempunyai tanda, tetapi terpaksa kita andaikan untuk memudahkan mencapai
kefahaman).
Sesungguhnya ALLAH
itu tidak bertepi, tidak ada had dan tidak ada hingga, bukan jirim, bukan
jisim, bukan jauhar dan bukan jauhar firid, demi sesungguhnya tidak ada yang
menyerupi dan bersamaan dengan segala sesuatu apapun, yang tebayang dimata,
tidak terlintas dihati dan fikiran. Dari itu sesungguhnya ALLAH itu meliputi
setiap sesuatu, sehingga kedalam daging, dalam darah, dalam tulang, dalam batu,
dalam kayu dan didalam apa jua yang selain daripada ALLAH. Meliputi itulah
tiada had dan tiada hingga, tiada ada ruang dan tiada ada lapang. Jadi apabila
kita sebut ALLAHHUAKBAR, iaitu ALLAH Maha Besar maka sudah kita fahami
bahawasanya besarNya itu tiada had tiada hingga dan tidak pula mengambil lapang
sekadar ZATnya, (ALLah itu nama bagi ZAT, tidak pula bertepi, meliputi sekelian
alam (Selain dari pada ALLAH).
Terdapat juga
sesetengah guru agama yang berpendapat, bahawa tidak boleh kata ZAT itu besar,
kena kata kuasa sahaja besar, sebab takut-takut terfikir ZAT itu bertongkol
atau berbentuk, (takut kena atas jirim, jisim, jauhar atau jauhar firid).
Pendapat ini terbit disebabkan mereka tidak faham yakni tidak kenal atau tidak
tahu tanda mahluk dan tanda Tuhan. Jadi jikalau ZAT itu besar dan terfikir
besar itu ada bertubuh atau berbentuk, maka terbatallah sifat muqholafah. Dan
juga yang berpendapat Tuhan itu tidak bertempat dan tidak tahu dimana. Ini
bermakna Tuhan itu sekejap disana dan disini, jadilah bertempat balik, dan tentu ada tubuh atau berbentuk. Tetapi jikalau
mengikut kaedah ilmu ini tidak bertempat itu maksudnya meliputi setiap sesuatu,
dan Maha besar itu, besarnya tidak ada had dan tidak ada hingga, meliputi
sekelian alam (selain daripada ALLAH).
Jika ALLAH itu
tidak bertempat dan tidak tahu dimana, bermakna ALLAH mengambil lapang dan
apabila mengambil lapang, Tuhan itu sama dengan yang baharu yakni kena atas
mahluk dan apabila sembahyang, sembah baharu, sebab Tuhan tidak bertempat dan
tidak tahu dimana. Ada juga dapat menyebut ALLAH itu meliputi tetapi apabila
ditanya meliputi macam mana? tidak dapat hendak menghuraikannya. Jikalau tidak
dapat memahami Tuhan dimana, yakni tidak bertempat dan meliputi itu macamana,
sudah pasti duduk didalam syirik sentiasa. Apabila duduk didalam syirik, apa
pula yang terjadi kepada rukun Islam yang lima, yang dikerjakan?
Sesungguhnya ALLAH
itu Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Agong dan Maha segala-galanya. KebesaranNya,
KekuasanNya dan KeagonganNya itu MELIPUTI
segala-galanya. YAKNI ZAT ALLAH SWT MELIPUTI SETIAP SESUATU, TIDAK
BERCERAI DAN TIDAK BERSEKUTU ( Insya'allah akan diterangkan dibab-bab yang
akan datang, dari hal tidak bercerai dan tidak bersekutu).
RENUNGAN:
"DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH SEDIAKAN NERAKA UNTUK
BEBERAPA BANYAK DARI KAUM JIN DAN MANUSIA
YANG MEMPUNYAI HATI, (TETAPI) TIDAK MAHU MENGERTI DENGANNYA DAN
MEMPUNYAI MATA TETAPI TIDAK MAHU MELIHATNYA DAN MEMPUNYAI TELINGA (TETAPI)
TIDAK MAHU MENDENGAR DENGANNYA, MEREKA
ITUI SEPERTI BINATANG, MALAH MEREKA LEBIH SESAT, (ADALAH) MEREKA ORANG-ORANG YANG LALAI
Assalamualaikum...tuan belajar dgn tok mat janggut jugak ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum...tuan blajar dgn tmj jugak ke?
Deletemakam petua sbiji mcm tmj xlari
ReplyDeleteStiap kali baca, teringat ayat2 yg kluar dri mulut tok mat.. Sama..
Delete